mutakhir

Sedapnya mi kari...apa rahsianya?

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SEMANGKUK kari yang enak mengandungi rasa dan aroma yang luar biasa. Keenakan ini ditentukan oleh kualiti rempah ratus dan ramuan yang digunakan serta proses di sebalik memasaknya.

Selepas menjadi Cef MAGGI® selama 10 tahun kini, Cef Sharifah Hamidah Syed Mohsin adalah pakar masakan dan mempunyai pengetahuan mendalam terhadap bahan bagi menghasilkan kari berkualiti.

Berkongsi pengalaman kulinarinya dengan rempah ratus dan bagaimana menyempurnakan semangkuk Mi Kari MAGGI®, Sharifah mengimbas detik remajanya yang menyaksikan ibunya memasak hidangan seperti kari atau beriani di rumah hampir setiap hari.

Sharifah mengakui tertarik dengan aroma dan rasa yang berubah mengikut campuran rempah untuk hidangan yang berbeza.

“Hari ini saya menghasilkan campuran rempah dari awal menggunakan jintan atau halba dan memanggang bahan ini untuk meningkatkan rasa bagi mencipta ramuan kari saya sendiri. Rempah adalah ramuan yang paling penting di dapur saya dan mesti ada dalam setiap masakan.

“Kebanyakan orang menyediakan kari di rumah, mereka biasanya menggabungkan dan mengadun rempah empat sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk menghasilkan rasa kari asas.

“Tetapi MAGGI® menggunakan 12 rempah ratus kerana profil rasa kari kegemaran hanya dapat dicapai dengan mendapatkan gabungan yang betul daripada rempah ratus ini dan memasak perlahan untuk mencapai kesempurnaan.

“Melakukannya di rumah tidak mudah kerana ia sangat memakan masa dan sebagai ibu yang bekerja, saya menghargai kemudahan ‘tastemaker’ kari MAGGI® yang membolehkan saya menikmati kari berkualiti di rumah dalam beberapa minit tanpa mengambil masa yang panjang,” katanya.

Sebagai ibu, dia mahu yang terbaik untuk anak-anak dan yakin sesiapa saja yang memasak untuk keluarga punya impian sama.

MAGGI® juga begitu, mahu memberi yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan ia bermula dengan memastikan penggunaan bahan berkualiti tinggi untuk memberi pengalaman terbaik menikmati rasa dan aroma yang hebat.

Katanya, bahan diperoleh dari seluruh dunia untuk memastikan keasliannya, termasuk rempah dari India dan Turki. Manakala gandum untuk mi adalah dari Australia dan dibuat 100 peratus di Malaysia.

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan umur, terus mencintai Mi Kari 2 Minit MAGGI® untuk aroma dan rasa yang asli kerana 12 rempah ini.

Menurut Sharifah, proses warisan turun-temurun yang dipanggil 'pecah minyak' digunakan untuk mengembangkan aroma pes kari. Ini adalah teknik yang sukar dikuasai kerana memerlukan kesabaran dan pengalaman dengan bahan-bahan berkualiti untuk mencapai konsistensi yang betul.

“Nenek dan ibu mengajar saya proses ini dan saya berharap dapat menyampaikannya kepada anak-anak suatu hari nanti.

“MAGGI® komited memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan saya menghargai dedikasi jenama ini menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti 100 peratus gandum Australia dengan rempah kualiti terbaik dalam produk mereka,” katanya.

Ditanya mengapa mi kari antara hidangan paling digemari di Malaysia, Sharifah berpendapat ia kerana keasliannya. Malah kari sememangnya dekat dengan masyarakat negara ini kerana ia hidangan utama hampir setiap hari dan pembuat kari MAGGI® memberikan kualiti dan konsistensi yang sama seperti kari yang kita makan bersama nasi contohnya.

Sharifah berkata, ibunya juga peminat tegar MAGGI® dan sudah menggunakan produk ini lama sebelum dia menjadi cef MAGGI® lagi.

"Saya tahu ibu sangat berbangga dengan saya dan kerja saya, kerana hari ini dia masih menggunakan Mi Kari 2 minit MAGGI® dalam masakannya.

"Ia menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga dan kami tahu Mi Kari MAGGI® boleh menjadi hidangan yang lazat pada bila-bila masa sepanjang hari," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk MAGGI®, layari www.maggi.com.my .

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 10:00am
d