mutakhir

Siri HUAWEI Y9 daripada RM799 dengan bateri, storan, skrin BESAR berbaloi!

SUDAH tiba masanya anak anda memiliki telefon pintar pertama mereka tetapi tidak tahu telefon pintar mana yang perlu di beli.

Maklum saja, kini terdapat banyak telefon pintar di pasaran dengan harga dan spesifikasi yang berbeza. Namun, memilih telefon bimbit yang tepat dan memenuhi keperluan anak-anak bukan tugas yang mudah.

Jika anda tidak mahu menghampakan anak dengan memberi mereka telefon yang mengecewakan untuk digunakan, apalagi ia tidak didatangkan dengan kamera hadapan untuk menangkap swafoto yang sempurna!

HUAWEI Y9s telefon pintar yang mempunyai prestasi terbaik adalah pilihan yang tepat. Anak-anak anda juga pasti bangga memilikinya.

HUAWEI sangat terkenal memiliki teknologi kamera utama dalam pasaran telefon pintar Android. Jadi, bagi anak-anak yang meminati fotografi, HUAWEI Y9s adalah pilihan terbaik kerana ia dilengkapi dengan tiga kamera AI yang terdiri daripada kamera utama 48MP ultra-jelas, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Pengguna boleh menikmati foto berkualiti tinggi walaupun dalam persekitaran cahaya rendah kerana telefon juga lengkap dengan AI-assisted Multi-frame Noise Reduction yang dapat menyesuaikan kecerahan secara efektif.

Budaya swafoto adalah perkara yang paling trendy dikalangan anak muda. HUAWEI Y9s mempunyai kamera 16MP Auto swafoto Pop-naik yang membantu anda menangkap swafoto dan potret yang sempurna.

Menariknya, walaupun dalam cahaya yang rendah, anda boleh mengedit potret dan lebih fokus kepada wajah.

HUAWEI Y9s juga adalah telefon pintar yang mempunyai prestasi permainan video yang luar biasa. Dengan set cip Kirin 710F dan Ultra FullView Display 6.59-inch, pengguna dapat menikmati pengalaman lebih mendalam serta kelajuan lebih baik serta penggunaan kuasa lebih rendah terutama bermain permainan video intensif grafik.

Akhir sekali, anda tidak perlu ‘mengorek’ bank untuk mendapatkan telefon pintar untuk anak-anak anda. Ini kerana, dengan harga RM999, HUAWEI Y9s adalah telefon pintar yang anda dan anak-anak perlukan.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan HUAWEI Y9 Prime hanya dengan RM799.

Walaupun telefon pintar ini menyediakan prestasi yang sangat baik, namun ibu bapa juga perlu mengawal anak-anak agar mereka tidak terlalu lama melihat skrin.

Menariknya, bagi setiap pembelian Y9s didatangkan dengan hadiah percuma iaitu seutas gelang pintar HUAWEI Band 4 berharga RM139 yang perlu ditebus di Member Center. Siri HUAWEI Y9 kini boleh dimiliki pada harga RM999 manakala harga baru Y9 Prime pula berharga RM799.

Ingin mendapatkan Y9s yang cukup mengujakan ini? Layari laman web HUAWEI atau mengunjungi Kedai HUAWEi terdekat.

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 12:51pm
d