mutakhir

Kuda belang lahir anak kedua

Oleh BERNAMA

ZOO Taiping dan Night Safari melakar sekali lagi sejarah hari ini dengan kelahiran anak kedua kuda belang dalam tempoh setahun.

Pengarahnya Dr Kevin Lazarus berkata, anak kuda belang itu dilahirkan antara 3 hingga 4 pagi sekali gus menjadi tarikan terbaharu di zoo tertua negara yang dibuka sejak 1961.

“Dengan kelahiran anak kuda belang yang baru ini menjadikan kuda belang di sini mempunyai dua anak dan sepasang induk,” katanya ketika dihubungi.

Pada 11 November tahun lalu, kuda belakang betina dari Afrika Selatan itu berjaya melahirkan anak betina selepas Zoo Taiping dan Night Safari meminjam kuda belang jantan dari Zoo Negara untuk tujuan pembiakan.

Kevin berkata, pihaknya yakin anak kuda belang itu akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung terutama pada musim cuti persekolahan ketika ini.

Berita berkaitan

Anak kuda belang pertama lahir di Zoo Taiping

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 7:51pm
d