mutakhir

Di mana ibu Nurul Ainul Mardhiah?

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor mengesan ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bagi urusan penjagaan.

Jurucakapnya berkata, ibu kanak-kanak itu, Mazsuzalita Mastuki, 41, beralamat terakhir di Kampung Parit 4, Sungai Burung, Sekinchan.

“Ibu kanak-kanak itu dipercayai sudah berpindah dan gagal dikesan sehingga hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Selangor, semalam.

Katanya, bayi berkenaan, Nurul Ainul Mardhiah dirujuk kepada Pelindung Daerah Kuala Selangor oleh pegawai perubatan Hospital Tanjong Karang (HTK) bagi pemeliharaan dan perlindungan pada November 2017.

“Bayi itu kini di bawah jagaan JKM di Rumah Kanak-Kanak Kuala Kangsar, Perak,” katanya.

Sehubungan itu, ibu kandung atau orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Abdul Hamid Abdul Majid di talian 03-32891495.

Disiarkan pada: November 30, 2019 @ 10:53am
d