mutakhir

Isu bendera: Pengarah beri keterangan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

POLIS sudah mengambil keterangan pengarah urusan sebuah syarikat konsultan Teknologi Maklumat (IT) berhubung isu kesilapan memaparkan Jalur Gemilang di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5),Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Khamis lalu.

“Individu dari syarikat kontraktor produksi siaran langsung berkenaan sudah memberi keterangan.

“Selepas selesai siasatan berhubung perkara berkenaan, polis merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rabu lalu, empat individu dari Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) juga sudah memberi keterangan kepada polis berhubung paparan bendera dengan bintang berbucu lima.

Ia berlaku ketika Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15, di Kuala Lumpur, 25 November lalu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, MABA menerusi satu kenyataan memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan berkenaan.

Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

Sejak malam kelmarin, video berdurasi 1 minit 42 saat tular di media sosial.

Netizen kemudian mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya.

Berita berkaitan:

  • 'Takkan kita nak ajar?'
  • Isu bendera: 4 ahli MABA beri keterangan
  • 62 tahun merdeka, masih silap bendera lagi?' - NGO

    Bendera bintang lima hanya draf sahaja - Pakar sejarah

    Isu bendera: Memang sengaja dilakukan - Teo Kok Seong

    'Pening kepala saya hari ini' - MABA

    Isu bendera: Sangat melampau - Mufti Perlis

    Jalur Gemilang salah: Khidmat kontraktor ditamatkan

    'KBS akan ambil tindakan' - Syed Saddiq [METROTV]

    [UPDATE] Polis dah panggil Presiden MABA

    MABA mohon maaf silap bendera

    Disiarkan pada: December 1, 2019 @ 2:48pm
    d