mutakhir

Tiga kampung terjejas banjir lumpur

Oleh Adnan Ibrahim

SERAMAI 54 penduduk membabitkan 13 keluarga dari Kampung Parit Betong, Parit Abd Hadi dan Parit Ju di Simpang Kiri, Parit Sulong, Batu Pahat, menjadi mangsa banjir pertama di Johor.

Mereka dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Agama Seri Comel, Seri Medan, 8 pagi ini selepas rumah terjejas teruk akibat banjir lumpur berikutan hujan lebat selama dua jam bermula 3.45 petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat dalam kenyataan berkata, sehingga jam 10 pagi tadi seramai 54 mangsa daripada 13 keluarga mendaftarkan diri untuk ditempatkan di PPS itu.

Katanya, walaupun keadaan cuaca bertambah baik hari ini, keadaan air tidak bergerak (termenung) menyebabkan pemindahan terpaksa dilakukan.

“Agensi terbabit dalam kerja menyelamatkan mangsa ialah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), polis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Ketua Kampung Parit Abd Rahman, Baharudin Jalal dipertanggungjawabkan menguruskan pusat pemindahan membabitkan keperluan dan kebajikan mangsa,” katanya.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 12:13pm
d