mutakhir

Dah 7,342 mangsa banjir Kelantan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

MANGSA banjir di Kelantan terus meningkat kepada 7,342 mangsa setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,996 orang 8 pagi tadi.

Mereka membabitkan 2,324 keluarga ditempatkan di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jeli adalah daerah terbaru yang dilanda banjir dengan jumlah 217 mangsa daripada 87 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 3,763 orang daripada 1,347 keluarga di 22 PPS diikuti Kuala Krai yang menunjukkan peningkatan iaitu 971 mangsa daripada 231 keluarga di 17 PPS.

Manakala, Kota Bharu mencatatkan 821 mangsa daripada 229 keluarga di enam PPS dan Pasir Puteh seramai 659 mangsa daripada 177 keluarga di tujuh PPS.

Tanah Merah membabitkan 426 mangsa daripada 125 keluarga di sembilan PPS, Machang 225 mangsa daripada 67 keluarga di enam PPS dan Bachok mencatatkan 260 mangsa daripada 61 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, berdasarkan infobanjir.water.gov.my empat sungai berada di paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan 10.45 meter (m); Sungai Golok di Jenob 24.37 m; Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah 16.12 m; Sungai Kelantan di Kuala Krai 25.23 m.

Manakala Sungai Lebir di Tualang berada di paras amaran iaitu 33.74 m.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 12:45pm
d