mutakhir

Rompak kedai emas dengan senapang patah

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

KEDAI emas di Kompleks Perniagaan Chin Hin, Arau, dirompak seorang lelaki, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, wanita berusia lingkungan 50-an yang juga pemilik kedai dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dipercayai mengalami serangan panik akibat terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira lima minit kemudian.

“Menurut pekerja, seorang lelaki berbaju putih dan memakai topi keledar masuk ke kedai dengan membawa satu senjata dipercayai selaras senapang patah.

“Suspek memecahkan rak pameran barangan kemas dengan senjata itu selain menjerit meminta pelanggan keluar dari kedai itu,” katanya ketika dihubungi.

Nanda berkata, suspek melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar bersama sejumlah emas.

“Polis masih menyiasat kejadian ini dan segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Disiarkan pada: December 2, 2019 @ 5:27pm
d