mutakhir

Maut dihempap konkrit

Oleh Garret Dawum

LELAKI maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bunan Jalan Mongkos di Serian hari ini.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia akibat dihempap konkrit di kawasan tapak pembinaan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa sudah dikeluarkan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa membuat parit sebelum dihempap konkrit akibat tanah runtuh.

“Mangsa juga tertimbus dalam runtuhan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.57 pagi sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Disiarkan pada: December 3, 2019 @ 11:39am
d