mutakhir

Tiga kedai musnah terbakar

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TIGA kedai di Jalan Jinjang Utara, di Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.33 pagi.

“Seramai 34 anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sri Hartamas, BBP Sentul dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan tiga kedai dan api berjaya dikawal jam 2.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 8:41am
d