mutakhir

Kan dah kena cekup!

Oleh Poliana Ronnie Sidom

POLIS menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Batu 6, di Sandakan.

Dalam kejadian 11.30 malam kelmarin, suspek berusia 18 tahun hingga 27 tahun menyerang beberapa lagi lelaki yang minum di restoran berkenaan dengan menggunakan kayu besbol.

Difahamkan, pergaduhan kira-kira tujuh lelaki itu disebabkan perselisihan faham daripada dua kumpulan terbabit sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, polis yang menerima maklumat orang awam bergegas ke lokasi kejadian,

Beliau berkata, susulan itu, tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut dan menerima lapan jahitan di kepala.

“Tiga lelaki itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azhar turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 10:41am
d