mutakhir

Mat Bangla durjana!

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

RAHSIA dua lelaki Bangladesh merogol wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak September lalu akhirnya terbongkar, selepas ibu wanita itu membuat laporan polis.

Mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai jurujual dipercayai dirogol dua lelaki itu di stor pasar raya tempatnya bekerja di Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ibu mangsa berusia 57 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang pada Isnin lalu, selepas dimaklumkan kejadian oleh penyelia pasar raya terbabit.

“Difahamkan, penyelia itu mendapat tahu mengenai kejadian apabila diberitahu rakan sekerja mangsa selepas wanita itu bercerita kepadanya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Arifai berkata, mangsa mendakwa dirogol dua kali oleh dua suspek berkenaan yang juga dipercayai pekerja di pasar raya itu, dalam kejadian berasingan pada September dan Oktober lalu.

“Susulan laporan, kami menahan kedua-dua suspek masing-masing berusia 38 dan 23 tahun pada 5 petang, hari sama di sebuah pasar raya di Subang Jaya.

“Mereka direman selama enam hari berakhir 8 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 4:55pm
d