mutakhir

Jual aksesori haiwan konon...

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

SERBUAN di sebuah kedai menjual aksesori haiwan peliharaan membongkar kegiatan premis yang disyaki menjalankan kegiatan loteri awam tanpa lesen di Binjai, Chukai semalam.

Dalam operasi bermula 2 petang hingga 8 malam itu, polis menahan dua lelaki termasuk remaja berusia 18 tahun yang dipercayai pekerja di kedai itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi dijalankan susulan maklumat mengenai kegiatan loteri awam tanpa lesen di premis itu yang dipercayai berselindung di sebalik perniagaan aksesori haiwan peliharaan.

“Ketika serbuan, terdapat dua lelaki termasuk seorang daripadanya berusia 51 tahun yang disyaki memiliki slip loteri awam tanpa lesen.

“Kita turut merampas pelbagai barangan seperti telefon bimbit, kalkulator, wang tunai dan slip kertas yang tertera angka nombor loteri awam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Disiarkan pada: December 5, 2019 @ 5:50pm
d