mutakhir

Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

Oleh Muhamaad Razis Ismail

MANGSA banjir di Kelantan terus menurun kepada 7,007 orang sehingga jam 9 pagi ini berbanding 7,767 semalam.

Sehingga kini, sebanyak 22 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Pasir Mas iaitu seramai 4,221 orang membabitkan 1,696 keluarga.

Semua mangsa banjir ini ditempatkan di 13 PPS.

Di Tumpat, seramai 2,786 orang membabitkan 981 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Sementara itu paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya, namun semakin menurun kepada 9.57 meter.

Disiarkan pada: December 6, 2019 @ 10:34am
d