mutakhir

Vivo S1 Pro untuk yang muda lagi bergaya!

Oleh Vivo

DENGAN reka bentuk menakjubkan dan fungsi kamera canggih, telefon pintar Vivo S1 Pro sesuai dengan gaya hidup anak muda kini yang unik, berani dan riang menikmati kehidupan.

Gabungan teknologi fotografi dengan perisian canggih untuk menghasilkan S1 Pro pasti menarik perhatian sesiapa sahaja terutama penggemar swafoto tegar.

Rekaan unik S1 Pro mula dapat dilihat pada Kuad Kamera AI 48 MP yang indah tersusun seperti bentuk berlian untuk menarik pandangan mata.

Tidak terkecuali, rekaannya turut diilhamkan daripada gambar istana yang menambahkan lagi keunikan serta dinamik peranti terbaru ini.

Menurut Pakar Produk Vivo Malaysia, S1 Pro menggabungkan ciri-ciri utama industri yang membuktikan dedikasi pihaknya untuk menyampaikan reka bentuk peranti berkualiti tinggi dan menakjubkan kepada pengguna terutamanya belia.

“S1 Pro adalah contoh sebenar bagaimana kami mereka bentuk pengalaman pintar terkemuka industri untuk memenuhi keperluan pengguna muda di negara ini,” katanya.

Masih tidak percaya? Mungkin keterangan di bawah dapat membantu meyakinkan anda membeli S1 Pro untuk diri sendiri mahupun menghadiahkannya kepada insan tersayang.

Maklum sahaja, perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina juga bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Gaya gambar seperti jurugambar profesional.

Vivo memahami keperluan pengguna dalam usaha mereka untuk menghasilkan gambar swafoto yang jelas dan cantik.

Hal ini dibuktikan melalui kamera depan 32 MP miliknya yang bertujuan menyerlahkan kecantikan setiap inidividu itu dengan sempurna.

Kamera depan juga dilengkapi dengan AI Face Beauty yang membolehkan pengguna menyesuaikan ciri-ciri wajah mereka, lantas membawa kegembiraan dan keseronokan kepada fotografi.

Tidak cukup dengan itu, Kuad Kamera AI 48MP menjadikan penghasilan gambar secara profesional semakin menyeronokkan.

Ini kerana, ia adalah kamera utama yang disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh.

Dikuasakan dengan algoritma AI, peranti ini menyediakan pengalaman fotografi paling terbaru dengan kejelasan foto yang lebih baik.

Pro S1 turut memperluaskan sudut tontonan penggunanya hingga 120⁰ menerusi Kamera Super Wide-Angle 8MP yang membantu meluaskan ufuk fotografi.

Untuk menggilap rupa pula, S1 Pro juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Pose Master yang boleh menyesuaikan sudut pengguna dan membimbing subjek beraksi gaya disukai demi penghasilan gambar lebih istimewa.

Semua ciri kamera menakjubkan ini tidak lain tidak bukan bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat inspirasi untuk meneroka dan menghasilkan gambar yang terbaik.

Keselamatan peranti terjamin.

Betul! Peranti anda dijamin selamat dengan adanya Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan yang dibina Vivo.

Hanya melalui sentuhan tunggal pada paparan S1 Pro, skrin boleh dibuka serta-merta dengan kuasa Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan itu agar pengguna boleh nikmati pengalaman visual tanpa gangguan.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk pembukaan kunci peranti yang mudah dan menyeronokkan.

Menambahkan lagi keterujaan, S1 Pro dilengkapi Paparan Super AMOLED 6.38-inci dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 90 peratus.

Sebab itu, peranti ini sesuai kepada generasi muda yang suka menikmati pemandangan luas tanpa sempadan untuk pengalaman pintar yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila!

Prestasi peranti mengagumkan!

Terima kasih kepada Multi Turbo, S1 Pro meningkatkan lagi tahap kelajuan peranti untuk memastikan pengguna dapat menikmati prestasi permainan video yang lebih mendebarkan.

Peranti ini juga dilengkapi dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti dengan cepat bagi memastikan pengalaman permainan video pada tahap terbaik.

Selain itu, ia turut tampil dengan Voice Changer yang menyediakan pelbagai suara sambil melindungi privasi pengguna.

Menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 665 octa-core yang disokong oleh RAM 8GB dan 128GB ROM, ia memastikan prestasi S1 Pro pantas dan lancar untuk keperluan pelbagai tugas serta keperluan permainan pengguna.

Ia juga tersedia dengan bateri 4500mAh dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin yang memberi daya tahan lebih tinggi serta pengecasan lebih pantas untuk meningkatkan lagi pengalaman pintar pengguna.

S1 Pro tampil dengan dua pilihan warna menarik yang bersesuaian dengan gaya hidup belia hari ini iaitu Knight Black dan Fancy Sky.

Harga berbaloi.

S1 Pro dalam pilihan warna Knight Black atau Fancy Sky boleh didapati di Malaysia mulai 7 Disember 2019 (Sabtu) pada harga RM1,199 sahaja.

S1 Pro Superday.

Cepat-cepat, jangan ketinggalan kunjungi acara jualan S1 Pro Superday yang akan berlangsung pada 7 Disember 2019 (Sabtu) di Pusat Beli-Belah Central i-City, Shah Alam, Selangor untuk merebut sesi cabutan bertuah dan promosi rebat terhad yang eksklusif.

Kolaborasi jenama.

Tidak terkecuali, Vivo juga bakal bekerjasama dengan jenama pakaian jalanan kegemaran tempatan TNTCO dan rekaan muzik tempatan Ban Huat Sdn Bhd.

Disiarkan pada: December 6, 2019 @ 5:33pm
d