mutakhir

Mengantuk konon...

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SEBANYAK 169 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan kenderaan perdagangan dalam Op Kenderaan Perdagangan, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, 43 saman adalah kesalahan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan.

“Antara alasan yang diberikan oleh pemandu kenderaan berat ini ialah kerana mengantuk.

“Akibat mengantuk, mereka memberhentikan kenderaan tanpa menuju ke hentian rehat dan rawat (R&R),” katanya pada sidang media di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Bakri berkata, tindakan segelintir pemandu ini memberhentikan kenderaan berat di lorong kecemasan mengundang bahaya kepada penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain.

“Berdasarkan statistik semasa tindakan pemandu ini menyebabkan banyak kemalangan maut berlaku, terutama kepada penunggang motosikal.

“Justeru itu, tindakan penguatkuasaan ini akan dijalankan sehingga 9 Disember ini bagi memberi kesedaran kepada pemandu kenderaan berat,” katanya.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 12:21am
d