mutakhir

6 jam sudah berlalu...

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SELEPAS lebih enam jam, Muhammed Yusoff Rawther yang hadir ke Bukit Aman, hari ini, masih belum selesai memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpakaian baju putih lengan panjang dan berseluar jeans biru hadir menaiki Mercedes-Benz berwarna hitam ditemani peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Muhammed Yusoff yang tiba jam 12.45 tengah hari di Bukit Aman terus menuju ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk dirakam keterangan.

Sehingga kini, pengamal media daripada pelbagai agensi masih menunggu di luar perkarangan Bukit Aman sementara menunggu perkembangan siasatan kes berkenaan.

Kelmarin, Muhammed Yusoff yang membuat akuan bersumpah berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh Anwar, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Laporan itu bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah dibuatnya.

Terdahulu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhammed Yusoff yang kononnya diperlakukan secara tidak senonoh oleh beliau pada 2 Oktober tahun lalu dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 7:39pm
d