mutakhir

Ada lagi saman rupanya...

Oleh Muhammad Apendy Issahak

SELEPAS didakwa di Mahkamah Majistret, Ipoh semalam, pemandu lori dan isterinya yang tular kerana menghalang tugas polis, bakal didakwa lagi atas beberapa kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, terdapat tujuh lagi kesalahan trafik dikenakan terhadap pemandu lori itu termasuk kesalahan dilakukan semasa insiden yang tular, Khamis lalu.

Katanya, bagi kesalahan itu, M Kevin Raj, 33, akan didakwa pada 6 Januari depan, iaitu tarikh sama untuk sebutan semula terhadap dua pertuduhan ke atasnya sebelum ini.

“Saman trafik lain yang dimilikinya pula membabitkan kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan tidak memakai topi keledar.

“Saman baharu dikeluarkan susulan pemeriksaan selepas insiden itu akan disebut pada 20 Februari 2020, iaitu kesalahan muatan bahaya atau tidak kemas, tiada lesen memandu dan tiada insurans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kevin dan isterinya R Loganayagi, 29, didakwa di dua mahkamah berasingan dengan pemandu lori itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu kesalahan dadah dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Bagaimanapun, Kevin mengaku bersalah terhadap tujuh kesalahan trafik sejak 2003 hingga 2014 yang mempunyai empat waran tangkap.

Loganayagi pula didakwa dengan atas empat tuduhan menghina polis, gagal menunjukkan kad pengenalan, khianat dan gaduh gempar.

Berita berkaitan

Penangan viral, suami isteri didakwa

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 1:40pm
d