mutakhir

Nasib korang lah...

Oleh Abdul Rahemang Taiming

EMPAT lelaki ditahan anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika sedang leka memunggah 2,211 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM289,532 di Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Yacob Murad berkata, penahanan itu susulan serbuan kira-kira 7.30 malam, hasil risikan dan aduan orang awam.

Katanya, suspek ditahan membabitkan tiga warga asing dan lelaki tempatan berumur antara 24 hingga 54 tahun.

“Ketika serbuan, mereka sedang leka memunggah rokok ke dalam tiga Proton Waja yang sudah diubah suai.

“Ada 72 kotak mencurigakan dalam setiap kereta terbabit dan pemeriksaan lanjut menemui 925 karton rokok jenama Premium; 1,000 karton rokok jenama LA dan 286 karton rokok jenama Suria Gudang Garam dengan nilai keseluruhan RM 289,532,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Batalion 14 PGA untuk tujuan dokumentasi sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 35(1) (b) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 9:39am
d