mutakhir

2 maut, 2 parah

Oleh Zuliaty Zulkiffli

DUA maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan sebuah Proton Iswara di Jalan Jeniang Sik, belakang Klinik Begia, Sik, hari ini

Dalam kejadian 12.20 tengah hari tadi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara terbabit.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, setakat ini identiti semua mangsa masih belum diperolehi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan 12.27 tengah hari tadi.

“Setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia iaitu pemandu wanita dan penumpang lelaki, manakala dua lagi parah termasuk kanak-kanak perempuan.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sik oleh pasukan perubatan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai sepasukan anggota dari BBP Sik dan dua jentera bomba.

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 2:31pm
d