mutakhir

APM selamat anak kucing terperangkap

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

TINDAKAN pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor berjaya menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip di taman perumahan di Puncak Alam, semalam.

Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.30 pagi sebelum seorang pegawai dan tiga anggota dikejarkan ke lokasi.

“Tiba di lokasi, anggota mendapati anak kucing itu terperangkap dalam saluran paip sedalam dua meter.

“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan haiwan itu dengan berhati-hati berikutan keadaan saluran sempit dan gelap,” katanya hari ini.

Suzaini berkata, pengadu berusia 30-an sebelum itu berusaha mengeluarkan anak kucing itu namun gagal berikutan saluran paip terlalu sempit.

“Pengadu menyedari haiwan itu hilang ketika mahu memberi makan di dapur dan mencarinya hingga terlihat anak kucing itu terperangkap dalam saluran paip belakang rumah,” katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2019 @ 11:46am
d