mutakhir

Empat termasuk bayi cedera kren tumbang

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

EMPAT individu termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera selepas sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul menghempap sebuah rumah, 6.30 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.34 petang.

Katanya, sebaik tiba 12 minit kemudian pasukan penyelamat mendapati sebuah kren dari tapak pembinaan di seberang jalan telah tumbang serta melintangi jalan.

“Keadaan kren itu yang melintangi serta menghadang jalan turut menghempap sebuah rumah dan sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan kemudian mendapati dua wanita, seorang lelaki dewasa dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Disiarkan pada: December 13, 2019 @ 8:47pm
d