mutakhir

Mangsa perlu ikut arahan - Sultan Johor

Oleh Ibrahim Isa

SULTAN Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sentiasa mengikuti secara dekat perkembangan terkini banjir di negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook (FB) baginda, Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor akan mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bermula esok.

Pemangku Raja Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam juga akan mengadakan lawatan bagi tujuan sama.

Sultan dan Permaisuri Johor berkenan untuk sentiasa membantu serta menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu dan mahu mangsa sentiasa mengikut arahan diberikan pasukan penyelamat.

Disiarkan pada: December 15, 2019 @ 6:07pm
d