mutakhir

Hujan lebat di 4 negeri hingga Selasa

Oleh BERNAMA

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terbabit di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan berkata, notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran; Kuantan; Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah; Rembau; Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh Melaka.

Disiarkan pada: December 15, 2019 @ 6:08pm
d