mutakhir

RM230,000 dilarikan dua lelaki [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

DUA lelaki melarikan beg mengandungi wang berjumlah RM230,000 dalam kejadian samun van sebuah syarikat keselamatan di Jalan Tun Dr Awang, Georgetown hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, seorang daripada suspek bersenjatakan pistol terus meluru ke arah pengawal keselamatan yang ketika itu membawa tiga guni beg mengandungi wang tunai.

Menurut sumber, penjenayah kemudian menghentak muka pengawal keselamatan berkenaan menggunakan pistol dan terus melarikan satu daripada beg terbabit.

“Suspek bersama rakannya yang menunggu di motosikal kemudian melarikan diri.

“Pengawal keselamatan terbabit mengalami luka pada muka dan setakat ini polis masih memburu dua suspek berkenaan,” katanya.

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 1:55pm
d