mutakhir

Melecur bakar diri

Oleh Muhammad Apendy Issahak

LELAKI berusia 39 tahun parah apabila melecur kira-kira 70 peratus badan selepas dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian berhampiran Terminal Bas Aman Jaya di Ipoh hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.21 petang daripada orang awam.

Jurucakap JBPM Perak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian susulan daripada maklumat itu.

“Setibanya di lokasi terdapat seorang lelaki membakar diri di kawasan berdekatan terminal bas berkenaan namun berjaya dipadamkan oleh orang awam.

“Kebakaran itu menyebabkan mangsa cedera dan pihak kami membawanya menggunakan pengusung ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 5:22pm
d