mutakhir

Kes Yusoff Rawther: Sudah panggil 8 orang

Oleh Siraj Mohd Zaini

LAPAN orang termasuk ahli politik dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lapan individu termasuk ahli politik sudah dirakam keterangan dan beberapa lagi saksi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan sudah merekod keterangan Anwar di Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan kes berkenaan.

Huzir sebelum ini berkata, keterangan Anwar dan beberapa individu lain akan diambil bagi membantu siasatan dakwaan yang dibuat Muhammed Yusoff dalam satu akuan bersumpah.

Sebelum ini, Muhammed Yusoff dipanggil dua kali ke Bukit Aman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang mengendalikan siasatan kes salah laku didakwa membabitkan Anwar itu, turut memanggil ahli keluarga Muhammed Yusof.

Berita berkaitan

Kes Yusoff Rawther: Sedia jalani poligraf

'Polis hadir ke rumah Anwar'

'Anwar beri keterangan di Bukit Aman'

'Kes Yusoff Rawther: Anwar sedia beri keterangan'

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 7:22pm
d