mutakhir

Bera, Rompin, Temerloh masih banjir

Oleh Asrol Awang

JUMLAH mangsa banjir menunjukkan sedikit peningkatan dengan seramai 1,024 mangsa daripada 263 keluarga di Pahang masih ditempatkan di 10 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Jumlah itu menyaksikan penambahan 24 mangsa berbanding seramai 1,000 mangsa daripada 258 keluarga yang terjejas semalam.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah yang masih dilanda banjir ialah Rompin, Bera dan Temerloh.

Sebanyak lapan PPS dibuka di Rompin ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu, SK Sarang Tiong, Pusat Pemindahan Kampung Setajam, Balai Raya Bukit Lepas, Balai Raya Kampung Denai, Balai Raya Rekoh dan Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Asli Bukit Serok.

Dua PPS di Temerloh pula ialah SK Batu Kapor dan Dewan Orang Ramai Kampung Paya Luas manakala Balai Raya Kampung Pasal, Bera.

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 8:46am
d