mutakhir

Sungai Golok lepasi paras bahaya

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

SUNGAI Golok di Tanah Merah mencatat peningkatan sehingga melepasi paras bahaya, pagi hari ini.

Ia berikutan keadaan hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan paras air sungai naik mendadak.

Mengikut laporan di laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, www.publicinfobanjir.water.gov.my, setakat 8 pagi ini, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah berada pada bacaan 25.3 meter melepasi paras bahaya iaitu 23.50 meter.

Empat lagi sungai termasuk di Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras berjaga-jaga.

Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai berada pada bacaan 28.81 meter, manakala Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula mencatat 12.98 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Pergau di Air Bol, Jeli masing-masing mencatat bacaan 7.84 meter dan 71.85 meter, setakat ini.

Disiarkan pada: December 18, 2019 @ 9:30am
d