mutakhir

Banjir: Mangsa di Pahang sedikit meningkat

Oleh Asrol Awang

JUMLAH mangsa banjir di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan kepada 1,145 mangsa daripada 308 keluarga pagi ini, berbanding 1,135 mangsa daripada 305 keluarga, semalam.

Walaupun hanya lapan Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka, berbanding 10 PPS, tiga daerah iaitu Rompin, Bera dan Temerloh masih mengalami banjir.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Rompin, PPS yang masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu, SK Sarang Tiong, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam, Balai Raya Lepas dan Balai Raya Rekoh.

Dua PSS di Temerloh pula di SK Batu Kapor dan SK Bukit Cermin, manakala satu PPS di Bera iaitu Kompleks Rakan Muda.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), amaran cuaca buruk dijangka berlaku di daerah Kuantan dan Jerantut sehingga lewat malam ini.

.

Disiarkan pada: December 19, 2019 @ 9:43am
d