mutakhir

Remaja lelaki dikhuatiri lemas

Oleh Ibrahim Isa

REMAJA lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir Sungai Telor di Kampung Baru Sungai Telor, Kota Tinggi, hari ini.

Pada kejadian 11.20 pagi itu, rakannya, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sempat diselamatkan orang ramai.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Nasrul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, lapan anggota membabitkan satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Salah seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan seorang lagi mangsa masih belum ditemui.

“Kami dapati keadaan arus sungai deras dan meninjau sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dan rakannya memancing di sungai berkenaan.

Disiarkan pada: December 19, 2019 @ 1:53pm
d