mutakhir

Terengganu pulih daripada banjir

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

BANJIR di Terengganu pulih sepenuhnya apabila lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu, ditutup 10 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri merangkap Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, semua 129 mangsa dari 42 keluarga di Dungun dan Hulu Terengganu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Beliau berkata, ketika ini, keadaan cuaca baik dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada episod hujan lebat yang boleh menyebabkan kemungkinan banjir di Terengganu sehingga 25 Disember depan.

“Bagaimanapun, kita sentiasa bersiap sedia dan melakukan pemantauan berterusan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan banjir dalam tempoh ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: December 20, 2019 @ 12:16pm
d