mutakhir

Tak pulang sebab banjir termenung

Oleh BERNAMA

BANJIR di Segamat sudah pulih, namun 343 orang daripada 81 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ia disebabkan rumah mereka masih digenangi air ‘banjir termenung’ para paras kira-kira 0.3 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, setakat 8 pagi ini, kesemua mereka masih berada di sembilan PPS yang dibuka secara berperingkat sejak 15 Disember lalu.

“Kesemua membabitkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh, Kampung Spang Loi, Kampung Kuala Paya, Kampung Tandong.

“Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah dan Kampung Bukit Tunggal dalam Mukim Gemereh, Pogoh, Jementah serta Buloh Kasap,” katanya.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 9:27am
d