mutakhir

Tiada hujan lebat, minggu ini

Oleh Mohd Hilmie Hussin

CUACA lebih kering di seluruh negara dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata, hujan dijangkakan, namun keadaan itu hanya sementara.

“Sehingga hujung minggu ini, kami tidak menjangkakan episod hujan lebat akan berlaku di Semenanjung Malaysia.

“Jika ada hujan sekalipun, hanya sementara dan tidak akan memberi kesan serius,” katanya, ketika dihubungi.

Selain itu katanya, tiada hujan lebat dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini.

Begitupun, Jailan berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan terkini cuaca dan akan mengeluarkan amaran sekiranya perlu.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 1:44pm
d