mutakhir

Bahaya panaskan nasi?

Oleh Redzuan Muharam

NASI yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.

Kenyataan itu berdasarkan hantaran dimuat naik di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan, KKM memaklumkan keracunan makanan bukan berlaku disebabkan pemanasan semula nasi tetapi cara menyimpan nasi sebelum dipanaskan.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi empat jam menyebabkan spora yang ada di dalamnya (nasi) aktif semula.

“Ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.

“Sebab itu, penting untuk menitik beratkan penyimpanan makanan dengan menyimpan nasi yang dimasak dan tidak habis dimakan di peti sejuk dalam bekas tertutup.

Menerusi kenyataan sama, KKM turut mengingatkan bahawa nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.

Sehingga kini, hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet dengan 3,500 tanda suka dan dikongsi 3,200 pengikut Facebook KKM.

Disiarkan pada: December 23, 2019 @ 7:05pm
d