mutakhir

Pemandu, lima pelancong cedera bas terbalik

Oleh Adnan Ibrahim

PEMANDU bas persiaran dan lima pelancong asing cedera selepas kenderaan itu yang dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur terbalik di Kilometer 66.8 Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.38 pagi hari ini.

Katanya, bas dipandu Sutugar Subramaniam, 39, tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan terbabas ke kiri jalan dan terbalik.

“Pemandu cedera dan lima penumpang adalah pelancong yang alami kecederaan di kepala, leher, bahu, lutut, tangan dan badan.

“Mereka adalah Dorado Natette dari Filipina, Kumar Prakash (India) Foo Suan Kens (Singapura), Gupta Satvik (India) dam seorang warganegara Brunei yang belum dikenal pasti identitinya.

“Bagaimanapun, 16 lagi penumpang yang turut berada di dalam bas itu tidak cedera, serta meneruskan perjalanan dengan bas gantian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Abduh berkata, semua mangsa dirujuk ke unit kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut dan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: December 24, 2019 @ 12:08pm
d