mutakhir

700 murid, pelajar terima bantuan persekolahan

Oleh Shamsul Munir Safini

SERAMAI 700 murid dan pelajar Permatang Pauh menerima bantuan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ahad lalu.

Bantuan persekolahan berupa beg dan uniform sekolah itu diberikan kepada pelajar dan murid yang kurang berkemampuan di kawasan Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Bantuan disampaikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata, kesemua mereka juga akan menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang bagi tujuan membeli alat tulis dan kelengkapan persekolahan lain.

“Bantuan ini sedikit sebanyak menggembirakan murid dan pelajar menjelang sesi persekolahan kelak selain meringankan beban keluarga masing-masing.

“Usaha murni TNB dan Zakat Pulau Pinang ini amat dihargai dan merupakan satu contoh tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang murni kepada masyarakat,” katanya.

Hadir sama Pengurus TNB negeri Norsalizawati Hashmawi @ Yusof.

Nurul Izzah juga mengingatkan kepada murid dan pelajar agar sentiasa berdisiplin dan menjaga kesihatan ketika belajar.

Disiarkan pada: December 25, 2019 @ 6:20pm
d