mutakhir

Wanita melecur gas memasak meletup

Oleh Mohd Sabran Md Sani

WANITA melecur tahap dua selepas berlaku letupan gas di rumahnya di Jalan Pinang 46, Taman Daya, Johor Bahru hari ini.

Kejadian 3.38 petang itu menyebabkan mangsa berusia 27 tahun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh orang awam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Kamalrulzaman Mohd Salleh berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi pada 3.58 petang.

“Didapati berlaku kebocoran gas yang menyebabkan letupan.

“Kesan letupan mengakibatkan kerosakan pada tingkap dan siling rumah,” katanya.

Menurutnya, wanita melecur tahap dua dan dihantar ke HSI untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, bomba menasihatkan orang ramai supaya memeriksa salur gas dengan menggunakan air sabun selain mencabut palam gas sebelum keluar rumah.

Disiarkan pada: December 26, 2019 @ 6:29pm
d