mutakhir

Air naik di Hulu Langat

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BEBERAPA kampung di daerah Hulu Langat dilanda banjir akibat hujan lebat sejak kira-kira 4 petang, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Kapten (PA) Maharris Manan berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu, 4.45 petang tadi.

“Seramai 15 pegawai dan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan.

“Kami dimaklumkan banjir melanda di Kampung Sungai Gahal, Kampung Sungai Semungkis dan Batu 14 Hulu Langat,” katanya ketika dihubungi, di Hulu Langat, hari ini.

Maharris berkata, ketika ini, air semakin surut meskipun masih hujan.

“Setakat ini, tiada pemindahan mangsa dilakukan dan pihak APM masih memantau lokasi yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Disiarkan pada: December 26, 2019 @ 7:33pm
d