mutakhir

Isu tulisan Jawi: Dong Zong batal persidangan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PERSEKUTUAN Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengesahkan pihaknya sudah menerima perintah mahkamah daripada pihak polis berhubung pembatalan persidangan yang sepatutnya diadakan esok.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, persatuan terbabit memaklumkan pihaknya menerima perintah mahkamah itu 5.10 petang tadi.

“Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah atas alasan ia mengganggu ketenteraman dan tidak membenarkan Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina diadakan di Auditorium Kolej Universiti New Era.

“Maka, pihak kami terpaksa membatalkan persidangan itu dan meminta semua wakil serta pertubuhan terbabit membatalkan kehadiran.

“Kami akan memberi maklum balas seterusnya selepas perbincangan dalaman dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis mendapat perintah mahkamah supaya Dong Zong tidak meneruskan persidangan itu.

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 6:44pm
d