mutakhir

Kesan ibu bayi ditinggal di masjid

Oleh Amran Yahya

POLIS masih mengesan ibu kepada bayi ditinggalkan di Masjid Kariah Kuala Sungai Dua di Kuala Pilah, pada 18 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu pada 5.30 pagi.

“Sehingga hari ini, polis masih mengesan ibu kepada bayi terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Bayi terbabit dilaporkan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, Inspektor Alice di talian 019-5389941 atau 06-4842222 serta balai polis berhampiran.

Harian Metro pada 19 Disember lalu melaporkan, seorang bilal terkejut apabila bunyi disangka anak kucing dalam bungkusan kain putih ditemukan di Masjid Kariah Kuala Sungai Dua adalah seorang bayi perempuan.

Bahari Udin, 81, menemukan bayi itu ketika membuka pintu masjid untuk mengazankan solat Subuh.

Berita berkaitan

'Saya sangka bunyi kucing...'

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 8:23pm
d