mutakhir

Ajal pusingan U

Oleh Norasikin Daineh

PENUNGGANG motosikal maut selepas merempuh belakang pacuan empat roda ketika membuat pusingan U di Jalan Pantai, dekat Lahad Datu, semalam.

Dalam kejadian 4.27 petang itu, mangsa Rizwan Syah Hassan, 22, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Lahad Datu oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansur berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dan dalam perjalanan dari Bandar Lahad Datu menuju ke Jalan Kastam lama.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar belakang pacuan empat roda sehingga menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasri berkata, akibat kejadian itu, mangsa parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya.

Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: December 28, 2019 @ 10:35am
d