mutakhir

Suspek cabul budak disambung reman

Oleh Nor Farhani Che Ad

TEMPOH tahanan reman suspek cabul kanak-kanak perempuan di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar di Sungai Petani, disambung empat hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, perintah sambung reman suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

“Sebelum ini, suspek ditahan reman selama enam hari bermula 24 Disember lalu mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792.

“Tempoh reman akan disambung sehingga 2 Januari depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek sebelum ini melarikan diri apabila menyedari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perlakuannya tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, suspek yang bertugas sebagai kelindan lori menyerah diri di Balai Polis Bedong dan mengakui terbabit dalam kejadian itu pada 23 Disember.

Mangsa berusia sembilan tahun dicabul suspek di surau berkenaan pada 6.30 petang, 13 Disember lalu.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 12:45pm
d