mutakhir

Lagi kes terjun Jambatan Pulau Pinang

Oleh Shamsul Munir Safini

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun daripada Jambatan Pulau Pinang, 5.45 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 35 tahun itu meninggalkan kereta Perodua Bezza dipandunya di Kilometer 3.4 jambatan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.54 pagi sebelum 10 anggota dan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Ahli keluarga mangsa berada di lokasi kejadian dan mangsa beralamat di Taman Teratai Indah, Butterworth.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan," katanya.

Semalam, seorang lelaki berusia 50 tahun juga bertindak terjun daripada jambatan itu.

Kejadian 2 pagi itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki terjun di Kilometer 5.2 jambatan berkenaan.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 9:03am
d