mutakhir

Cari 5 saksi bicara

Oleh Mohd Sabran Md Sani

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) sedang mencari lima saksi perbicaraan berkaitan kes menyebabkan kematian secara tidak sengaja seorang lelaki di Mahkamah Seksyen Jenayah 2 Johor Bahru pada 13 Januari ini.

Menurut kenyataan IPD JBS, lima saksi warga tempatan itu diperlukan untuk hadir perbicaraan membabitkan kes yang berlaku pada 2017 mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Katanya, IPD JBS memohon kerjasama mencari saksi pertama, S Thiaga Rajan, 35, alamat terakhir di Nombor 02-02, Rumah Pangsa Setantau Baru Larkin.

“Saksi kedua adalah S Sivanathan, 31, dengan alamat terakhirnya di Nombor 34, Jalan Kebun Teh; M Kaliamah, 53, (Nombor 1904, Kondominium Larin Utama); A D Samani, 30, di Nombor 272, Jalan Anggerik 4/11, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.

“Saksi kelima pula, K Tami Selvan, 58, yang beralamat di Nombor 1904, Kondominium Larkin Utama,” katanya.

Menurutnya, semua saksi berkenaan diperlukan untuk perbicaraan kes menyebabkan kematian secara tidak sengaja terhadap seorang lelaki di tapak parkir kenderaan tidak berlesen di Jalan Sempena, Kampung Wadihana pada 10.34 pagi, 26 Januari 2017.

Katanya, sesiapa yang mengenali saksi atau saksi sendiri diminta menghubungi Asisten Superintendan Muhammad Afdhal Mat Supi di talian 013-7711152 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 3:02pm
d