mutakhir

Affendi Buang PAT baharu

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PANGLIMA Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Affendi Buang disebut-sebut dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) baharu bagi menggantikan Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang akan bersara tidak lama lagi.

Satu majlis serah terima tugas antara Zulkifli dan Affendi dijadual berlangsung pada Khamis ini di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, pada jam 2.30 petang.

Affendi sebelum ini menyertai ATM sebagai pegawai kadet TUDM pada tahun 1980 dan menerima latihan asas di Sekolah Pegawai Kadet Sebatang Kara, Port Dickson.

Sebelum majlis serah terima tugas itu, Harian Metro dimaklumkan, Zulkifli akan diraikan dalam Majlis Istiadat Perbarisan Penghargaan di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana, Sungai Besi, pada jam 7 pagi.

Untuk rekod, anak kelahiran Kuching Sarawak itu merupakan Panglima TUDM kedua yang bakal dilantik menjadi PAT.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 3:03pm
d