mutakhir

Rudy dilantik Ketua Jabatan KDNKA Selangor

Oleh Suraya Roslan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dua pegawai kanannya berkuat kuasa 31 Januari 2020.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Terengganu, Superintendan Mohd Fadhil Minhat yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tangkak, Johor.

“Selain itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Selangor,” katanya.

Pada 18 Disember lalu, PDRM turut mengumumkan pertukaran jawatan 12 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 Januari 2020.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 9:56pm
d