mutakhir

Umur 13 tahun dah pandai curi motosikal

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

POLIS menahan empat remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di sekitar Petaling Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mereka yang berusia 13 tahun tahun itu ditahan semasa Ops Lejang yang dijalankan anggota Balai Polis Damansara.

Katanya, hasil siasatan terhadap suspek, anggotanya berjaya menemui tiga motosikal pelbagai jenis yang disyaki hasil kegiatan curi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap suspek bagi memastikan pembabitan mereka dalam kes lain.

“Kesemua mereka yang tiada rekod lampau itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: January 1, 2020 @ 12:21pm
d