mutakhir

Murai bernilai lebih RM120,000 dirampas

Oleh BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Johor merampas sejumlah spesis Burung Murai Kampung dan Murai Batu dianggarkan bernilai RM120,300 dalam operasi di Parit Terus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Supt Ja’afar Kaimi berkata dalam operasi pada 6 pagi tadi, pihaknya menemui 141 bakul berisi 1,580 ekor burung Murai Kampung dan 245 ekor Murai Batu disorok di kawasan ladang kelapa sawit.

“Kesemua burung ini dipercayai hendak diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rampasan itu kemudian diserahkan kepada pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Kluang untuk tindakan lanjut, katanya.

Disiarkan pada: January 1, 2020 @ 11:49pm
d