mutakhir

PRK Kimanis: Bilik gerakan SPRM diaktifkan

Oleh Norasikin Daineh

BILIK gerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diaktifkan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula hari ini.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, Bilik gerakan itu berpusat di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Bilik gerakan diaktifkan sempena PRK Parlimen Kimanis yang akan berlangsung yang mana penamaan calon pada 4 Januari ini dan ia akan beroperasi 24 jam.

“Pegawai bertugas dan penyelia akan turun untuk ditempatkan di lapangan serta pemantauan sepanjang pilihan raya sehingga hari pengundian,” katanya ketika diminta mengulas berhubung persediaan SPRM sepanjang PRK berlangsung di Kimanis.

Mengulas lanjut, Karunanithy berkata, orang ramai boleh berhubung terus ke Pejabat SPRM untuk membuat aduan atau mendapatkan nasihat daripada SPRM bagi sebarang isu sepanjang PRK berlangsung.

“Sebarang isu atau memerlukan nasihat, boleh ke pejabat SPRM untuk membuat aduan atau menghubungi pejabat SPRM di talian 088-488381,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Januari sebagai hari penamaan calon dan 18 Januari sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Kimanis.

  • Lagi berita berkaitan PRK Kimanis
  • Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 2:59pm
    d